CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, 31 August 2012

PROFIL SYARIKAT



BUKIT BINTANG ENTERPRISE telah didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan  1956 pada 7 Julai 2006 dengan pemilikan penuh saham 100% bumiputera (RA0007837-W). Syarikat ini ditubuhkan untuk menyahut seruan kerajaan dan telah melibatkan diri secara intensif dalam industri dan sektor bekalan dan perkhidmatan.

Bermula secara kecil-kecilan, kini Bukit Bintang Enterprise telah berupaya beroperasi secara efektif dengan kendalian kakitangan terlatih, cekap, amanah dan semestinya berpengalaman luas dalam bidang yang disasarkan. Penubuhan syarikat ini sekaligus bermatlamat dalam meletakkan Bumiputera setaraf dengan agensi-agensi korporat yang wujud di Malaysia. Sejajar dengan itu, penubuhan syarikat ini merupakan satu batu loncatan atau alternatif terbaik dalam membawa masyarakat Bumiputera kita berada dalam tampuk industri bekalan dan perkhidmatan.

Tuntasnya, pihak syarikat dengan ini meletakkan harapan kepada pihak-pihak berkaitan dan berwajib agar satu landasan diberikan kepada pihak pengurusan syarikat agar mampu bergerak dan beroperasi secara optimum.

0 comments: